Selfie & Menang iPhone 7 ini ("Peraduan ini") dianjurkan oleh NSTP Berhad ("Penganjur ").
2. TEMPOH PERADUAN
Peraduan ini akan berlangsung selama 8 minggu mulai 1 Ogos 2017 sehingga 30 September 2017 dan hanya 8 pemenang bertuah bakal memenangi iPhone 7.
3. KELAYAKAN
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas, kecuali staf NSTP.
Dengan menyertai Peraduan ini, anda (“Peserta”) bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat kemasukan dan anda juga bersetuju bahawa semua keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
Satu resit adalah layak untuk memenangi satu penyertaan sahaja. Resit atau ‘Thank You Note” boleh didapati di portal langganan selepas selesai proses pembelian.
Peserta bersetuju menyerahkan kesemua hak ciptanya yang berkenaan kepada pihak Penganjur.
4. CARA PENYERTAAN
Peserta perlu melanggan ePaper berharga RM159 untuk setahun kemudian mengambil gambar berformat “selfie” yang berunsurkan SEA Games 2017 sahaja. Peserta harus memastikan bahawa imej-imej yang diguna pakai dalam Peraduan ini adalah milik peserta sendiri dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
Setiap gambar perlu dimuatnaik ke media sosial Facebook atau Instagram melalui akaun Peserta sendiri.
Setiap gambar yang dimuatnaik perlu meletakkan hashtag #NSTPSEAGames2017.
5. MEKANIK PERADUAN
Terdapat 1 pemenang mingguan dan setiap pemenang akan memenangi sebuah iPhone 7.
Setiap minggu, 1 pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria Pemenang sepertimana yang dinyatakan di item nombor 6.
Penyertaan mingguan yang dimuat naik diambil kira bermula setiap hari Isnin dari jam 12.01 pagi sehingga hari Ahad pada jam 12.00 malam;
Minggu Ketiga – 14/08/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 20/08/17 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Keempat – 21/08/17 (Isnin, 12:00am) sehingga 27/08/17 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Kelima – 28/08/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 03/08/2017 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Keenam – 04/09/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 10/09/17 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Ketujuh – 11/09/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 17/09/17 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Kelapan – 18/09/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 24/09/17 (Ahad, 11:59malam)
Minggu Kesembilan – 25/09/17 (Isnin, 12:00pagi) sehingga 30/09/17 (Ahad, 11:59malam)
6. KRITERIA PEMENANG
Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pihak Penganjur berdasarkan kepada kriteria-kriteria di bawah:
Mengemukakan bukti langganan.
Gambar “selfie” bertemakan sukan SEA Games 2017 yang dianggap kreatif oleh pihak
Penganjur.
Gambar teratas dengan jumlah ‘Like’ terbanyak.
Tidak megandungi elemen-elemen yang menyalahi undang-undang.
Budi bicara pihak Penganjur.
7. TUNTUTAN HADIAH
Hadiah Peraduan ini hendaklah dituntut di Jabatan Jualan & Pengedaran Suratkhabar yang beralamat Seperti di bawah:
The New Straits Times Press (M) Bhd,
Tingkat 5, 31 Jalan Riong
59100 Kuala Lumpur
Hadiah hanya boleh dituntut dalam masa seminggu selepas tamat tempoh peraduan (seminggu selepas 30 September 2017)
8. SYARAT-SYARAT AM
Peserta hendaklah memastikan profil /akaun media sosialnya dapat di akses/dilihat oleh pihak Penganjur.
Keputusan akan diumumkan pada setiap hari Selasa dalam tempoh Peraduan di portal langganan http://subscription.nstp.com.my
Pemenang akan dimaklumkan pada setiap hari Selasa sebelum jam 5.30 ptg (minggu berikutnya) melalui “private message/direct message” kepada akaun Peserta di Media Sosial (eg. Facebook & Instagram).
Sekiranya pemenang tidak menuntut hadiah melalui emel/telefon/komen di media sosial pada tarikh yang ditetapkan, pihak Penganjur akan cuba menghubungi melalui Private Message (PM) sekali lagi. Jika masih tiada maklum balas, kemenangan Peserta tersebut akan dibatalkan secara automatik dan pihak Penganjur berhak memilih pemenang yang baru.
Peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja di sepanjang Peraduan ini berlangsung.
Peryertaan Peserta dalam Peraduan ini akan melibatkan data peribadi pihak Peserta. Terma dan syarat berkaitan data peribadi pemenang boleh dirujuk di sini.
Semua penyertaan pemenang yang dimuatnaik akan menjadi hak milik pihak Penganjur dan Pihak Penganjur berhak menggunakan gambar Peserta untuk apa jua tujuan yang difikirkan sesuai tanpa memberi sebarang royalty.
Pihak Penganjur tidak bertanggungjawapb untuk sebarang kegagalan memuatnaik gambar penyertaan ke sosial media Facebook, dan Instagram.
Pihak Penganjur berhak meminda syarat-syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
Terma dan syarat-syarat yang terpakai ke atas Peraduan disini adalah undang-undang Malaysia dan Peserta bersetuju untuk tertakluk di bawah bidangkuasa mana-mana Mahkamah Malaysia.